IMPAK adalah singkatan dari Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu UiTM. Institut ini ditubuhkan pada 6 November 2008 melalui keputusan Mesyuarat  Jawatankuasa Eksekutif UiTM Bil.12/2008  dan  diletakkan di bawah Penolong Naib Canselor InkQa. Pada 10 Jun 2010,  Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM telah meluluskan struktur pengurusan baru IMPAK. Dalam struktur baru ini, IMPAK diketuai oleh seorang Pengarah yang akan  bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor.


VISI

Menjadikan UiTM sebuah Universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia  supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.


MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.


RASIONAL PENUBUHAN

• Dari Perspektif akademik, perlu ditubuhkan sebuah institusi yang berfungsi serta bertindak sebagai pemangkin  perubahan bangsa Melayu/Bumiputera.
• Bergerak sebagai kumpulan “think tank” atau  “pemikir” untuk mengukuhkan bangsa Melayu/Bumiputera.


OBJEKTIF

1. Memperkukuhkan pemikiran, jatidiri dan perpaduan Melayu/ Bumiputera.
2. Melestarikan kepimpinan Melayu/ Bumiputera berasaskan konsep glokal.
3. Menghasilkan penemuan kajian dan pengetahuan yang menyumbang kepada kelangsungan tamadun Melayu.
4. Mewujudkan jaringan kerjasama pintar dalam dan luar Negara.
5. Menjadi pusat rujukan kepakaran dan kepimpinan Melayu/ Bumiputera.


FUNGSI IMPAK

• Mengadakan program-program  kesedaran berbentuk persidangan atau seminar  yang membolehkan penyebaran maklumat baharu tentang isu-isu yang berkaitan dengan kelangsungan bangsa Melayu/Bumiputera.

• Mengadakan program berbentuk  kursus  dan bengkel pembelajaran yang membentuk kesedaran, pemahaman dan jatidiri warga UiTM.

• Memohon dan mendapatkan geran untuk  melakukan penyelidikan berkaitan isu-isu yang menyentuh pemikiran dan kepemimpinan Melayu.

• Mengadakan program sesi perkongsian ilmu dalam bentuk forum, bual bicara dan persidangan meja bulat    yang melibatkan semua lapisan warga UiTM dan juga pakar pelbagai bidang dari dalam dan luar UiTM.

• Menyedia dan mengemaskini modul latihan sejarah, jatidiri dan kepemimpinan Melayu.

• Mengusahakan penggunaan pelbagai media samada media cetak atau eletronik untuk menyampaikan masej yang  boleh memberi kesedaran dan pemahaman tentang  peranan UiTM dalam menentukan surrvival bangsa Melayu/Bumiputera di negara  ini.

• Menerbitkan dan menyelenggara bahan rujukan dalam bentuk  buletin, buku, jurnal, monograph, poster, risalah video dan audio.

• Mewujudkan dan menawarkan program pasca siswazah penyelidikan. 


MOTTO

Memperkasa Martabat Bangsa.