21 Mac 2017

Naib Canselor UiTM Menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) sebelum Program Wacana Intelektual Transformasi Negara anjuran IMPAK-BTN dijalankan di Anjung Sri Budiman (Dewan Annnex).

 

View the embedded image gallery online at:
http://impak.uitm.edu.my/v2/index.php/aktiviti#sigFreeId5ead55bae9

Salam perpisahan

30 Disember 2016

Hari terakhir En. Subihidin B Ghaif sebagai Penolong Pendaftar di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK). Kini beliau ditempatkan di Fakulti Elektrik bermula pada 3 januari 2016.

Sekalung penghargaan dan terima kasih atas khidmat tuan di IMPAK

Selamat maju jaya

 

 

2 Dis 2016

Diskusi Ilmu bersama IMPAK siri 3 yang diadakan di bilik mesyuarat IMPAK aras 1

Topik perbincangan:
Why Nation Fail: A Case of Syria

  

18 Nov 2016

Diskusi Ilmu Bersama IMPAK siri 1
Ibn Khaldun: His Magnum Opus Muqaddimah and Its Relevance for Our Times

 

18 Nov 2016

Mesyuarat Penyelidikan IMPAK yang berlangsung di bilik mesyuarat IMPAK aras 1

 

Bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam pada 20-23 September 2016, Kumpulan Penyelidik Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang disertai oleh PM Dr. Amer Shakir Zainol, Puan Mudiana Mokhsin, Puan Umaimah Kamarulzaman, Farah Nurshahirah Razah dan Ahmad Zambri Shahuddin telah memasuki Pertandingan “Invention Invention, Innovation & Design Exposition 2016 (Iidex 2016) yang bertemakan “Revving Innovation Soaring Commercialisation”. Kumpulan ini telah berjaya  memenangi pingat Bronze(Gangsa) dalam kategori A dengan tajuk “30 Malays Figures Interactive Learning Mobile Application”.

Tahniah.

View the embedded image gallery online at:
http://impak.uitm.edu.my/v2/index.php/aktiviti#sigFreeIdf046a424d8

29 Jun 2016

Bersempena Bulan Ramadhan yg penuh mulia ini, warga IMPAK mengadakan program amal bertemakan"Berseri Seikhlas Memberi"  yg telah diadakan pada 29 Jun 2016. Program Amal ini merupakan salah satu inisiatif dan keprihatinan pihak IMPAK kepada kebajikan dan keperluan para pelajar UiTM yang kini sedang menduduki peperiksaan akhir.

Aktiviti bermula jam 4 petang, makanan dan minuman untuk berbuka puasa diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar di sekitar UiTM Shah Alam.

   

21 Jun 2016

Mesyuarat Khas bersama YBhg. Dato Dr. Hasan Mad, Profesor Adjung Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Universiti Teknologi MARA.

 

17 Jun 2016

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu bersama Kelab Wasatiyyah UiTM menghadiri Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

 

30 Mei 2016

Menghadiri jemputan ke Program Halaqah Bicara Wasatiyyah: Wasatiyyah & Perlembagaan malaysia: Satu Pandangan disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Bt Ab. Aziz, Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Program tersebut adalah anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri bertempat di Blok B1, Kompleks B, Putrajaya.

 

28 Mei 2016

My-Warisan: AN INTERACTIVE MULTIMEDIA APPLICATION IN GIVING AWARENESS TOWARDS MALAY HERITAGE CULTURE telah memenangi “Silver Awards” dalam “International Invention dan Innovative Competition (InIIC), Series 1/2016 di PNB Ilham Resort, Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia pada 28 Mei 2016. Aplikasi multimedia interaktif  ini dibangunkan oleh pasukan penyelidik yang terdiri daripada PM Dr Amer Shakir bin Zainol, Pn Mudiana Mokhsin, Puan Umaimah Kamarulzaman, Puan Sri Qamariah Mohd Samsir dan En Hussein Harnis.

  

11 Mei 2016

Kunjungan Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Prof. Madya Dr. Amer Shakir bin Zainol bersama YBhg. Prof. Dr. Azizul Halim Yahya ke Pejabat Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob berbincang mengenai Konvensyen & Pameran "Menjejaki Perjalanan dan Perjuangan Bangsa" dan Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

 

3 Mei 2016

Kunjungan hormat dari Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS) Berhad

YBhg. Datuk Abdul Wahab Abdullah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad
Dr Haniza Yon, Presiden Persatuan Psikometrik Malaysia / Pengarah Kluster Psikometrik MIMOS Berhad

ke Pejabat Naib Canselor

diiringi oleh:

Prof Madya Dr Amer Shakir bin Zainol, Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prof Madya Dr Nora Zakaria, Pengarah Unit Strategik Kebolehpasaran Pelajar dan Alumni, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN)

 

19 April 2016

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Program Forum Penulis Muda 2016 bersama Pengarah DBP Wilayah Tengah di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

19 April 2016

Sesi temu bual dan wawancara bersama Prof. Madya Dr. Amer Shakir B. Zainol, Pengarah IMPAK dan YBhg. Haji Shariffulizan B. Malek, Pengarah DBP Wilayah Tengah bagi mempromosi program Forum Penulis Muda 2016 di Radio UFM, UiTM Shah Alam.

  

6 April 2016

Mesyuarat agong yang pertama Kelab Wasatiyyah UiTM yang diadakan di Bilik Mesyuarat IMPAK, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre

   

4 April 2016

Sesi lawatan ke tapak program di Akademi Pengajian Bahasa UiTM untuk Forum Penulis Muda 2016 oleh sekretariat daripada wakil Dewan Bhasa dan Pustaka dan IMPAK, UiTM

 

25 Mac 2016

Kunjungan hormat YBhg. Datuk Haji Ibrahim bin Saad, Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri ke UiTM Shah Alam dan disambut mesra oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM.

  

16 Mac 2016

Mesyuarat mengenai penganjuran program bersama Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Puncak Alam dan sesi lawatan tapak serta kelengkapan fasiliti untuk penganjuran program

 

10 Mac 2016

Pertemuan dan perbincangan Pengarah IMPAK, Prof Madya Dr Amer Shakir B. Zainol bersama Majlis Pewakilan Pelajar UiTM bagi menubuhkan Kelab Wasatiyyah UiTM

 

2 Mac 2016

Pertemuan dan perbincangan bersama Y.Bhg Datuk Hj. Ibrahim Bin Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri di Intekma Resort & Convention Centre.

 

16 Februari 2016

Mesyuarat Pengurusan IMPAK Bil 1/2016 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IMPAK yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Amer Shakir B. Zainol, Pengarah Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)

 

22 Januari 2016

Sesi temu bual bersama Dr. Mohd Bin Samsudin, Ketua Program Sejarah, Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

21 Januari 2016

Sesi temu bual bersama Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Bin Ghazali (Felo Penyelidikan Kanan) Jabatan Sejarah, Fakulti Seni & Sains Sosial, Universiti Melaya (UM)

6 Januari 2016

Sesi ramah mesra bersama Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Y.Bhg Dato Dr. Hasan Mad di pejabat IMPAK

 

22 Disember 2015

Audit Penjawatan staf di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang berlangsung di aras 3, bilik Mesyuarat IMPAK

 

30 Oktober 2015

Mesyuarat penubuhan Kursi Insitusi Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor. Turut hadir YBhg. Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

13 Oktober 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Program Wacana Wasatiyyah bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

 

28 September 2015

Pertemuan dan sesi diskusi bersama Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Y.Bhg Dato' Haji Mohd Yusof Bin Din bertempat di Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Aras 4, Blok B1, Kompleks B, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

 

 

8 September 2015

Pertemuan Naib Canselor UiTM bersama YBhg. Datuk Dr Hasan Mad di Pejabat Naib Canselor Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam

 

27 Ogos 2015

Pertemuan Naib Canselor UiTM bersama YBhg. Prof Dato Dr Sidek Baba di Pejabat Naib Canselor Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam

 

26 Ogos 2015

Pertemuan dengan YBhg. Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 26/8/2015 (Rabu) di No. 482, Jalan Bukit Petaling, 50682 Kuala Lumpur.

 

17 Ogos 2015 (10.30 pagi)


Mesyuarat Pengurusan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu yang melibatkan staf pentadbiran dan felo bertempat di bilik Mesyuarat IMPAK, Aras 3, Blok 11

  

9 Jun 2015 (10.30 pagi)


Mesyuarat Penyelasaran Program Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang telah berlansung di Dewan Senat, Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam

 

9 Jun 2015 (8.30 pagi)


Mesyuarat Sahabat Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang telah berlansung di Dewan Senat, Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam

 

27 Mei 2015


Mesyuarat persediaan Bengkel Penghasilan Buku Roh Kesungguhan Melayu di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

30 April 2015


Jemputan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei 2015 di Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

 

9 April 2015


Mesyuarat Program Jelajah UiTM Di Hati Rakyat 1 Malaysia yang melibatkan bebarapa bahagian dan unit bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

8 April 2015


Mesyuarat Pengurusan IMPAK 1/2015 yang melibatkan semua staf pentadbiran dan felo bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

27 Mac 2015


Jamuan Perpisahan untuk Penolong Pendaftar Cik Fatin Amalina Bt Rohadi yang akan berpindah ke tempat baru

 

19 Mac 2015


Mesyuarat dan sesi perbincangan program Transformasi Kepimpinan UiTM bersama wakil daripada Biro Tatanegara di bilik Mesyuarat IMPAK

 

26 Februari 2015


Lawatan persiapan akhir Program Perhimpunan Renaisans Melayu / Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil

  

24 Februari 2015


Mesyuarat dan taklimat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Ruang VIP Aras 3, Stadium Putra Bukit Jalil

  

24 Februari 2015


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu Peringkat UiTM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Bangunan Budisiswa, UiTM Shah Alam

 

16 Februari 2015


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu Peringkat UiTM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Bangunan Budisiswa, UiTM Shah Alam

 

10 Februari 2015


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat,Bangunan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

 

27 Januari 2015


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Angkasa, Kelana Jaya

 

15 Januari 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu berlangsung pada 15 januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat LPU, Aras 7 Bangunan Canseleri, UiTM Shah Alam

  

13 Januari 2015


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 1, Kementerian Pendidikan Malaysia,Menara 2, Jalan P5/6 Precint 5,Putrajaya.

 

9 Januari 2015


Mesyuarat Pelapor Bengkel Pemikir Roh Kesungguhan Melayu bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

30 Disember 2014


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina Aras 17, Kementerian Pendidikan Malaysia,Menara 2, Jalan P5/6 Precint 5,Putrajaya.

 

29 Disember 2014


Sidang Media Program Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Aras 7, Bangunan Canseleri Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam

 

24 Disember 2014


Pembentangan pelajar latihan praktikal Akademi Pengajian Bahasa bersama pensyarah APB dan Penolong Pendaftar IMPAK bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK

 

23 Disember 2014


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina Aras 17, Kementerian Pendidikan Malaysia,Menara 2, Jalan P5/6 Precint 5,Putrajaya.

  

16 Disember 2014


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik MesyuaratAras 29, Bangunan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

 

16 Disember 2014


Mesyuarat Teknikal Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Stadium Nasional Bukit Jalil

 

8 Disember 2014


Lawatan tapak ahli jawatankuasa program Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil

 

24 November 2014

Pertemuan dengan YBhg. Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 24 November 2015 di No. 482, Jalan Bukit Petaling, 50682 Kuala Lumpur

22 November 2014


Mesyuarat Duta Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Bilik Sidang Aras 3, Bangunan Canseleri Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam

 

20 November 2014

Pertemuan dan sesi diskusi ilmiah bersama YBhg Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertempat di Hotel UiTM.

 

19 November 2014


Mesyuarat Perhimpunan Gerakan Renaisans Melayu yang berlangsung di Aras 7 bilik Mesyuarat JKE, Bangunan Canseleri Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam

 

17 Oktober 2014


Mesyuarat Pengurusan IMPAK Bil.(PI/14/4) yang dihadiri oleh semua staf IMPAK. Berlangsung jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK.

 

24 September 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Pameran, Kongres Warisan Melayu Sedunia bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK.

 

23 September 2014

Program Konsolidasi Kuasa Beli Wanita Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) bertempat di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur.

 

18 September 2014

Program Khidmat Masyarakat IMPAK: Ceramah Motivasi Pelajar SPM - Sekolah Menengah kebangsaan Chabang Empat Tumpat Kelantan.

 

11 September 2014

Mesyuarat dan sesi perkongsian maklumat bersama wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IMPAK.

28 Ogos 2014

Mesyuarat Program Kerjasama 3 Penjuru 2014 "Karnival Bahasa, Sastera dan Budaya" bersama Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) bertempat di Bilik Mesyuarat IPG Kampus Bahasa Melayu.

26 Ogos 2014

Lawatan kerja dan sesi diskusi bersama Ahli Lembaga Pengarah UiTM, YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md Salleh di bilik Mesyuarat IMPAK.

 

20 Mei 2014

Pertemuan dan sesi diskusi bersama Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff di Bangunan Inovasi UiTM Shah Alam.

 

14 Mei 2014

Pertemuan dan sesi diskusi ilmiah dengan wakil BTN di bilik Mesyuarat IMPAK.

 

 

29 April 2014

Pertemuan dengan YBhg. Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29/4/2014 (selasa) 10 pagi di No. 482, Jalan Bukit Petaling, 50682 Kuala Lumpur.

View the embedded image gallery online at:
http://impak.uitm.edu.my/v2/index.php/aktiviti#sigFreeId2bf387c3fd

17 April 2014

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa pengelola Modul Kepimpinan Melayu, Universiti Teknologi MARA bertempat di Bilik Mesyuarat IMPAK, Aras 3, Blok 11, Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

17 April 2014

Kunjungan Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara, Dr. Hj. Roslan bin Hussin.

  

15 April 2014

Mesyuarat Jawatan Kuasa Pameran, Kongres Warisan Melayu Sedunia bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Academia-Industry & Community Network (AIC), ICAN Aras 20, Menara 2 Kompleks Kejuruteraan, UiTM.

 

14 April 2014

Mesyuarat Jawatan Kuasa Pameran Penyelidikan, Kongres Warisan Melayu Sedunia bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Academia-Industry & Community Network (AIC), ICAN Aras 20, Menara 2 Kompleks Kejuruteraan, UiTM.

 

8 April 2014

Prof. Madya Muhammad Yusuff mewakili pengarah IMPAK ke Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah di Kuala Lumpur.

 

 

4 April 2014

Mesyuarat Penerbitan Bitara Melayu bersama Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Dr. Amer Shakir b. Zainol (Pengerusi), En. Saiful Akram (Ketua Editor) dan ahli jawatankuasa penerbitan.

  

3 April 2014

Mesyuarat Kongres Warisan Melayu Sedunia bersama Datuk Sohaimi Shahadan, Datuk Naim Mohamad dan Ahli Jawatankuasa.

 

28 Mac 2014

Perjumpaan dan Mesyuarat Kemajuan Kongres Warisan Melayu Sedunia di restoran Budi bersama Dato' Moehamad Izat Emir dan Datuk Naim Mohamad.

21 Februari 2014

Kunjungan hormat Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu ke pejabat Rektor UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 

14 Februari 2014

Kunjung hormat Jawatankuasa Warisan Melayu Sedunia dengan Menteri Pendidikan II

 

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) - Seorang ahli akademik berhasrat menghasilkan satu rangka tindakan komunikasi visual yang berkesan untuk menyatukan semula masyarakat Melayu di negara ini.

Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Ghazali Daimin berkata perpecahan masyarakat Melayu ekoran perubahan senario politik dilihat membimbangkan akibat terpengaruh dengan iklan grafik yang banyak dipaparkan melalui media.

"Kajian ini adalah untuk menyatukan semula bangsa Melayu sama ada Umno, PAS atau PKR. Saya akan hasilkan poster, iklan, billboard yang mengambil kira pelbagai elemen grafik termasuk typoghaphy, gambar dan warna supaya apabila penyokong PAS lihat, dia tidak marah kepada Umno dan sebaliknya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Komunikasi Visual dalam Perpaduan Melayu: PRU13 pada Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 di sini Khamis.

Ghazali berkata sejak pilihan raya umum 2008, masyarakat Melayu mula tidak sehaluan malah menegaskan kempen yang dijalankan pada PRU13 lepas bersifat negatif dan banyak menghentam antara satu sama lain.

Semasa sesi pembentangan, beliau berkata visual dan grafik yang digambarkan di blog-blog semasa kempen pilihan raya umum lepas tidak melambangkan sifat sebenar masyarakat Melayu.

"Banyak paparan di papan-papan iklan juga memberikan gambaran dan persepsi yang tidak baik, serta kata-kata yang kasar walaupun terhadap bangsa sendiri hanya semata-mata berlainan fahaman politik. Jadi susah untuk Melayu hendak bersatu," katanya.

Beliau berkata ini berbeza dengan kempen visual yang dijalankan di Indonesia dan Amerika Syarikat yang lebih banyak memaparkan kelebihan dan keperkasaan diri sendiri berbanding memburuk-burukkan pihak lawan.

Baru memulakan kajiannya Januari lepas, Ghazali berharap rangka tindakan itu dapat dihasilkan dalam tempoh dua tahun.

Beliau juga berharap jika kajian itu diterima, ia dapat dijadikan panduan untuk parti-parti politik menjalankan kempen masing-masing pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah mengadakan survey di Terengganu dan ujian perintis di Shah Alam. Maklum balas awal yang saya terima, ramai yang sukakan konsep perpaduan dan keislaman," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pembentang Dr Adzrool Idzwan Ismail juga dari UiTM berkata politik kebencian telah diasuh di kalangan generasi Y melalui media sosial.

Katanya apa yang dipaparkan di laman-laman itu merupakan pendapat berdasarkan emosi dan bukannya rasional atau fakta.

"Fakta dan pendapat yang tidak matang sangat bebas diutarakan untuk mereka mendapatkan apa yang diingini," katanya.

BERNAMA

 

April-May, Bil 2-2013

PROGRAM JELAJAH UiTM DI HATI RAKYAT 1MALAYSIA
- Buletin ICAN Reach Out

Oleh Prof Madya Dr Mohd Sazili Shahibi dan Prof Madya Dr Ghazali B. Daimin

Jelajah UiTM di Hati Rakyat 1Malaysia (UDHR 1Malaysia) merupakan satu siri jelajah keseluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Destini Anak Bangsa. Program ini mula menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air sebaik sahaja dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di UiTM Sri Iskandar, Perak pada 15 Februari 2013. Program ini merupakan salah satu khidmat bakti yang ditawarkan secara percuma sepanjang penjelajahan Skuad JDAB2013 yang menggabungkan beberapa pasukan seperti Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) sebagai penyelaras program, Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Fakulti Optometri UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat, Fakulti Perubatan UiTM dan organisasi luar yang turut serta dalam program ini. Pihak penganjur menyediakan dua buah bas yang telah diubahsuai menjadi klinik bergerak yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. UiTM Shah Alam juga membawa bersama sebuah bas Optometri untuk melakukan operasi pemeriksaan mata.