29 Jun 2016

Bersempena Bulan Ramadhan yg penuh mulia ini, warga IMPAK mengadakan program amal bertemakan"Berseri Seikhlas Memberi"  yg telah diadakan pada 29 Jun 2016. Program Amal ini merupakan salah satu inisiatif dan keprihatinan pihak IMPAK kepada kebajikan dan keperluan para pelajar UiTM yang kini sedang menduduki peperiksaan akhir.

Aktiviti bermula jam 4 petang, makanan dan minuman untuk berbuka puasa diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar di sekitar UiTM Shah Alam.