Inovasi secara amnya merujuk kepada penciptaan produk yang lebih baik, proses, amalan, atau teknologi yang memberi manfaat masyarakat secara keseluruhannya. Budaya inovasi merupakan komponen penting masyarakat berpengetahuan dan selalu dikaitkan dengan produktiviti dan kemakmuran. Sebuah masyarakat yang ditadbir dengan baik, menyediakan pendidikan dan pekerjaan kepada golongan muda, mahir dalam sains dan teknologi mewujudkan hubungan yang kukuh antara pendidikan, penyelidikan dan industri. Ini adalah arah yang betul untuk melahirkan masyarakat yang inovatif.

Masyarakat yang berpengetahuan adalah satu ciptaan, yang bukan sahaja boleh berkongsi pengetahuan malah menggunakan pengetahuan yang dimiliki untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Malaysia telah menyebut : “Membuat inovasi yang dapat diterima masyarakat adalah penting sebelum stiap ahli malakukan sebahagian daripadanya atau mengamalkan dalam kehidupan seharian. Melakukan inovasi di dalam budaya kita boleh membawa Malaysia ke tahap transformasi yang tinggi dan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.” Inovasi, dalam erti kata lain, mesti dikaitkan dengan tujuan social untuk menjana faedah kepada masyarakat dan negara.