Bangsa Malaysia ditakrifkan sebagai ‘Kewarganegaraan Pertama’, dan kepentingannya terhadap Malaysia dalam keseluruhan pembangunan. Ia amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah perpaduan negara. Sebuah negara bangsa yang moden memerlukan keamanan, mentaliti, penerimaan dan toleransi. Bangsa Malaysia adalah satu konsep idealistik yang dicapai, tetapi ia banyak bergantung kepada persediaan seseorang untuk berubah. Prospektif yang jelas diperlukan untuk mewujudkan pemikiran dan identiti Bangsa Malaysia. Negara memerlukan misi dan visi yang boleh merealisasikan Bangsa Malaysia, seperti yang dapat dilihat semasa Tunku abdul Rahman berjuang menentang British untuk mencapai kemerdekaan.

Bangsa Malaysia boleh didefinisikan dalam banyak maksud, termasuklah nasionalisme, patriotisme, dan perpaduan. Ia adalah satu konsep yang penting kea rah mencapai perpaduan negara. Merealisasikan Bangsa Malaysia memerlukan masa dan kerja keras yang tinggi. Rakyat Malaysia perlu bermula dari akar umbi iaitu bermula dari rumah dan sekolah mereka. Mereka perlu professional, mempunyai rasa kebanggan dan patyriotik sebagai rakyat Malaysia. Terdapat banyak halangan dalam bentuk media, prasangka perkauman, jurang perbezaan ekonomi dan halangan ini akan terus menghalang merealisasikan konsep ini. Selagi konsep tersebut tidak dapat direalisasikan, perpaduan nasional tidaki boleh dicapai.