Kedaulatan negara harus ada pada teras hati rakyat Malaysia kerana ia mengekalkan negara kita dan kewujudan masyarakat. Malaysia mengekalkan kedaulatan negara melalui perkongsian kuasa politik. Kedaulatan negara adalah penting kepada kita, rakyat Malaysia, dalam usaha untuk mengekalkan identity kita di arena antarabangsa.

Perlu ada persefahaman dan kerjasama antara kaum. Budaya kita adalah berbeza daripada budaya Barat. Oleh itu, menghormati antara satu sama lain adalah penting sebagai mendidik generasi muda dan masyarakat. Ibu bapa haruslah memupuk anak-anak mereka tentang kepentingan kedaulatan. Kita perlu belajar dari sejarah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jangan biarkan orang lain menentukan keputusan kita. Kepentingan negara kita datang terlebih deahulu sebelum memenuhi keperluan orang lain. Teruskan memupuk nilai-nilai murni kepada rakyat kita supaya mereka lebih berhati-hati daripada sebarang ancaman dan cabaran baru dari dunia luar.