Sistem antarabangsa berpunca daripada aliran hubungan antara negera dunia dan distrukturkan mengikut peraturan tertentu dan corak interaksi. Malaysia, sebuah negara merdeka adalah sebahagian daripada sistem antarabangsa dan mempunyai sebuah negara yang berpendapatan sederhana telah mengubah dirinya daripada pengeluar bahan mentah menjadi sebuah ekonomi yang baru muncul dalam pelbagai sektor moden. Bagi menempatkan dirinya di arena antarabangsa, Malaysia telah memberi tumpuan dasar dan strategi dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan perdagangan antarabangsa, hubungan antarabangsa dan keahlian.