Lembah Bujang, sebuah tapak sejarah Kerajaan Negeri Kedah pada abad ke-5 hingga abad ke-14. Kepentingannya sebagai pusat pemerintahan, pelabuhan dan pusat perkembangan ilmu di Nusantara telah diakui oleh ahli sejarah. Namun tiada pengiktirafan rasmi Lembah Bujang sebagai satu tapak sejarah penting yang boleh diberi perlindungan.

Jadi,buku ini menggariskan pendekatan yang boleh dilakukan untuk mendapat pengiktirafan sewajarnya sama ada di peringkat kebangsaan dan nusantara. Aspek utama yang diberi penekanan ialah aspek sejarah, arkeologi dan budaya. Aspek pelancongan adalah aspek sampingan tetapi juga penting.