Buku ini memerihalkan tentang aspek-aspek tamadun Melayu yang telah terhakis tetapi ada juga yang masih berkembang. Warisan kesenian Melayu adalah satu aset yang amat berharga buat bangsa Melayu dan ia harus diberi perhatian khusus secara berterusan demi memastikan kelansungan warisan tersebut untuk generasi akan datang.

Subtopik dalam buku ini ada mengimbas kehebatan Melayu dari aspek perubatan tradisional Melayu, masakan, persilatan dan persenjataan, busana, ukiran dan kraftangan. Selain itu, pengadaptasian seni bina Melayu untuk kegunaan moden turut diulas oleh penulis. Seterusnya, sejarah ekonomi Melayu sebelum kemerdekaan dan strategi untuk membangunkan usahawan melayu selaras dengan matlamat wawasan 2020.