Buku ini mengulas tentang pelbagai disiplin dan sub-disiplin dalam pengajian Melayu Kemboja, Lao PDR dan Vietnam. Ini kerana terdapat warisan Melayu di Kemboja, Lao PDR dan Vietnam. Hubungan awal kerajaan Johor-Riau-Lingga sebelum abad 16 masihi dengan Kerajaan Khamer melalui kajian arkeologi di Johor. Bukti penemuan artifak arkeologi di sepanjang sungai Johor misalnya di Kota Johor Lama, Kota Panchor dan Kota Sayong Pinang banyak merungkap sejarah tamadun awal Semenanjung Tanah Melayu serta hubungannya dengan negara Kemboja.

Tinjauan mendapati bahawa bahasa Melayu termasuklah penggunaan tulisan jawi dan kitab jawi masih signifikan dalam masyarakat islam di Kemboja. Kitab-kitab jawi yang digunakan di Kemboja kebanyakannya adalah karangan ulama-ulama Alam Melayu yang memang terkenal seperti  Sheikh Daud al-Fathani.