Prosiding Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut menghuraikan konsep tamadun timur laut Malaysia, asal-usul orang Melayu melalui perspektif sejarah dan arkeologi serta warisan negara kota Melayu di tamadun timur laut.

Warisan estetika seni ukiran Melayu dapat dihayati melalui gaya, motif-motif yang terdiri dari pelbagai bentuk dan variasi. Reka corak dalam seni ukiran Melayu melambangkan fenomena alam yang penuh rahsia dan makna di sebalik sesuatu yang nampak secara fizikal. Penulis juga menyingkap warisan budaya di timur laut Malaysia seperti dikir barat,mak yong dan kesannya terhadap perubahan zaman.