Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana peranan pengusaha Homestay Melayu didalam memangkinkan pelancongan komuniti di kelantan dan Perlis. Ini merupakan kajian kualitatif dan oleh itu akan memberi tumpuan kepada pengumpulan maklumat yang intensif bagi setiap responden kajian, khususnya tentang isu-isu berkaitan dengan pengusaha Homestay Melayu di Kelantan dan Perlis dalam membantu sektor pelancongan. Responden sasaran terbahagi kepada dua: (1) pengusaha Homestay dan (2) wakil komuniti setempat di kedua-dua negeri tersebut. Oleh kerana ini adalah kajian kuanlitatif, bilangan responden yang disasarkan ialah 50 orang mewakili pengusaha Homestay. Bagi wakil komuniti setempat pula, sebanyak 50 wakil akan dipilih daripada senarai komuniti setempat yang dibina berpandukan carian internet dan juga sumber rujukan lain seperti akhbar dan media lain. Rangka pensempalan bagi pengusaha Homestay yang bakal digunakan ialah laman sesawang yang menyediakan direktori Homestay. Pengumpulan data ialah melalui temubual berdepan dengan pemilik IKS yang bakal dipilih untuk mengambil bahagian menggunakan instrumen tanpa struktur. Pendekatan yang serupa juga akan digunakan bagi wakil komuniti setempat. Kaedah ini dijangka dapat memberi maklumat yang lebih terperinci tentang pandangan pengusaha Homestay dan wakil Komuniti setempat terhadap peranan pengusaha Homestay Melayu didalam memangkinkan pelancongan komuniti di kelantan dan Perlis

Oleh kerana kajian ini merupakan kajian awal, analisis yang digunakan tertumpu kepada analisis huraian dalam bentuk jadual dan geraf. Analisis kelompok (cluster) juga akan digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang serupa serta yang membezakan pengusaha Homestay Melayu dari aspek pendapat terhadap dan tahap penglibatan serta peranan dengan komuniti setempat. Bagi wakil komuniti setempat pula, analisis tertumpu kepada jenis-jenis program yang dapat dilaksanakan serta faktor kejayaan/kegagalan program-program berkenaan. Hasil kajian ini dijangka dapat mengenalpasti pengusaha Homestay yang berjaya membantu kawasan mereka dan seterusnya mengenalpasti program bantuan yang boleh dijadikan sebagai model oleh pengusaha-pengusaha Homestay lain dalam usaha meningkatkan lagi prestasi pengusaha Homestay Melayu didalam memangkinkan pelancongan komuniti di kelantan dan Perlis.