Konsep ketuanan melayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (PP)1957mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera  di negara kita.  Banyak telah diperkatakan dan dipersoalkan dewasa kini mengenai hak dan keistimewaan tersebut oleh berbagai-bagai pihak sama ada dalam media prima mahu pun media alternatif. Sampai ada pula pihak turut menyeret UiTM sendiri ke dalam kancah polemik mereka dan mahukan 10% ruang dibuka kepada orang bukan Melayu atau bumiputera. Lantaran itu saya mengajak kita semua mengimbau kembali Perkara 153 ini yang menjadi tunjang perbincangan ramai.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan konsep ketuanan melayau hanya semata-mata menagungkan bahaa orang Melayu adalah penerima kuasa dalam negara tinggalan datuk moyang mereka. Mereka lah tuan yang menjalankan kuasa pentadbiran dan hala-tuju tanah tumpah darah mereka. Lansung tiada disebutkan dalam konsep ini bahawa elemn perhambaan oleh orang Melayu yang punya kuasa terhada orang melayu yang lain patah lagi pemastautiun yang mendatang selepas dibawa oleh pihak British sebagai tenaga kerja di ladang-ladang getah dan lombong timah diseluruh Semnenanjung tanah Melayu.

Anak muda pula sekarang sering dimomok-momokkan bahawa konsep ketuanan melayu ini adalah suatu konsep berbentuk perkauman dan haruslah ditiadakan demi menjaga perpaduan kaum. Ini jelas adalah suatu penyelewengan oleh pihak yang tidak faham atau sengaja di lakukan bagi menimbulkan perasaan malu dan kesal dukalangan orang Melayu bahawa kedudukan mereka dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan 1957.

Lantaran itu itu kajian ini ingin mengukur setakat manakah kesedaran mengenai konsep ini ketuanan Melayu di kalangan remaja melayu terutama nya yang berada di institut pengajian tinggi di Malaysia. Mereka ini lebih terdedah kepada akses pelbagai media prima dan alternatif. Teknologi maklumat yang kian canggih dan terbuka sepanjang masa menggiatkan lagi informasi terkini kepada golongan remaja ini.