Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi yang diwujudkan untuk membela nasib kaum Bumiputera.  Bagi memastikan UiTM terus unggul dan standing dengan institusi bertaraf dunia lain, setiap warga UiTM, khususnya staf, perlu memainkan peranan sebagai pemimpin yang mampu mendapat kerjasama warga UiTM lain bagi mencapai objektif, misi dan visi UiTM.  Justeru, kursus-kursus yang menjurus kepada pemantapan daya kepimpinan dan kemuafakatan perlu diadakan dari masa kesemasa.

Rasional

Setiap warga UiTM merupakan pemimpin dalam erti kata yang berlainan.  Walau apa pun skop kepimpinan seseorang itu, beliau mestilah mempunyai kemahiran untuk memimpin. Kemahiran ini boleh diterapkan dan dimantapkan melalui kursus-kursus yang sesuai.  Oleh kerana UiTM sendiri mempunyai lebih daripada 70 orang professor yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran peringkat tinggi, maka amat wajar jika mereka dapat berkongsi pengalaman tersebut dengan semua staf UiTM yang lain.  Juga, YBhg. Dato’ Naib Canselor sendiri telah menerbitkan buku bertajuk ‘Maxims of University Leadership’ yang amat tepat pada masanya.  Buku ini akan dijadikan bahan rujukan utama bagi bengkel yang dicadangkan.

Kandungan Bengkel

Berikut adalah kandungan bengkel yang dicadangkan:

  1. Mengukur daya kepimpinan diri sendiri
  2. Ciri-ciri seorang pemimpin
  3. Kaedah kepimpinan yang berkesan
  4. Cara berkomunikasi pemimpin yang berkesan
  5. Pemimpin-pemimpin contoh