PENGENALAN

 

Jelajah Bual Bicara merupakan salah satu daripada program-program utama IMPAK yang dijalankan pada setiap tahun atas namaPemerkasaan Anak Bangsa. Tumpuan utama program ini adalah pelajar-pelajar baru Ijazah Sarjana Muda dan juga pelajar-pelajar tahun akhir peringkat Diploma. Ia berkonsepkan ceramah atau forum bergantung kepada kesesuaian kampus-kampus UiTM yang terlibat. Tujuan utama program ini adalah memberikan kesedaran dan memperkasa jatidiri pelajar-pelajar UiTM mengenai kepentingan sejarah dan ketuanan bangsa dan UiTM, termasuk situasi sekarang dan keperluan di masa akan datang.

 

OBJEKTIF PROGRAM

 

(i)Memperkasa jatidiri pelajar-pelajar UiTM berkaitan ketuanan dan sejarah bangsa (Melayu) Nusantara.

(ii)Memberi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dan kepimpinan  bagi memelihara hak-hak keistimewaan bangsa (Melayu) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dari sudut sejarah, situasi semasa dan akan datang.

(iii)Menerapkan nilai-nilai mensyukuri dan menghargai sumbangan UiTM dan kerajaan dalam perkembangan ilmu dan martabat bangsa berdasarkan Sejarah Penubuhan UiTM sebagai persediaan generasi pewaris.

(iv)Menyuntik semangat belajar dan sayangkan UiTM, agama, bangsa dan negara berlandaskan motto UiTM - “Usaha-Taqwa-Mulia”.

(v)Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar-pelajar UiTM mengenai kepentingan media-media arus perdana dan elektronik di Malaysia dalam mengukuhkan perpaduan bangsa.