Program Khas ‘Survival UiTM Sentiasa Dihatiku’ di adakan khas untuk semua staf sokongan dan pentadbiran yang melibatkan UiTM Kampus Induk Shah Alam,  Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Seksyen 17, Kampus Alamanda, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang.

Program ini telah direkabentuk dan disesuaikan mengikut keperluan UiTM yang bertujuan memberikan penjelasan mengenai halatuju UiTM dan pencernaan Budaya PERDANA UiTM. Program ini juga adalah salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi menggunapakai tenaga kerja penjawat awam sebagai pemangkin kepada program transformasi negara.

Program Khas ‘Survival UiTM Sentiasa Dihatiku’ akan diadakan secara berperingkat kepada semua staf sokongan dan pentadbiran UiTM Kampus Induk Shah Alam,  Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Seksyen 17, Kampus Alamanda, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang. Jumlah sasaran staf sokongan dan pentadbiran yang akan terlibat adalah seramai 3400 orang.

Program diadakan secara berperingkat sebanyak 3 sesi bagi staf sokongan dan 1 sesi bagi staf pentadbiran.

 

  • TARIKH: 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012
  • MASA: 7.30 pagi – 12.00 tenghari
  • TEMPAT: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM