Tarikh : 26 September 2012
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Anjung Seri Budiman UiTM Shah Alam

Halaman Blog Karnival Pantun 2012 >

LATAR BELAKANG

IMPAK, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dan Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Tengah telah sepakat bagi mengadakan Karnival Pantun 2012.  Karnival ini bertujuan:

OBJEKTIF  PROGRAM

  1. Memberi kesedaran generasi muda bahawa pantun adalah  warisan Melayu yang harus dipelihara dan dikembangkan.
  2. Menyumbang ke  arah usaha  memasyarakatkan pantun secara berterusan
  3. Menilai pemikiran  golongan belia  dalam isu berkaitan dengan memartabatkan bangsa melalui pantun.

AKTIVITI

Karnival Pantun 2012 akan disokong oleh beberapa aktiviti seperti:

  • Semarak Pantun
  • Gelanggang Pantun
  • Forum Pantun
  • Persembahan Penggunaan Pantun
  • Kuiz