Pada 28, Mac 2013 telah berlangsungnya satu sesi Diskusi Ilham Profesor bertempat di Bilik Galeri Research, Innovation, Bisiness Unit (RIBU). Dalam sesi ini membincang isu-isu berkaitan pembangunan bangsa Melayu khasnya dalam bidang berkaitan politik, ekonomi dan sosial.

Tahun 2013 telah lama membuka tirainya semakin hampir dengan sasaran Tahun 2020. Namun persoalan yang masih relevan sejak tarikh kemerdekaan sehingga kini ialah sejauh manakah Melayu maju sejak Malaysia merdeka 56 tahun lalu? Dan adakah Melayu telah bersedia sebagai sebuah bangsa yang maju pasca 2020? Memang tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku peningkatan graf kemajuan bangsa Melayu. Dahulu orang Melayu rata-ratanya miskin dan tinggal di kampung atau pedalaman serta sinonim dengan aktiviti bertani. Kini sudah ramai daripada kalangan kaum Melayu menjadi usahawan malah terkenal sebagai ahli konglomerat yang berjaya dan disegani. Namun demikian, minda dan pemikiran Melayu merupakan satu persoalan yang sering di bincangkan. Persoalan utama pada hari ini adalah mengenai sejauh mana bangsa Melayu menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk memajukan diri mereka. Orang Melayu masih menjadi jaguh kampung dan jaguh di negara sendiri, Orang Melayu dilihat masih belum cukup sempurna dalam melahirkan pemikir-pemikir hebat yang boleh memberikan impak kepada dunia sejagat. Jika orang Melayu menggunakan minda dan pemikiran mereka sebaiknya dalam kerangka untuk melihat bangsa ini sama-sama bersatu hati membawa obor perpaduan dan semangat bersatu hati, tidak mustahil bangsa ini akan melakar dan terukir di dalam sejarah dunia.

 

Objektif

Sesi ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  1. Untuk membincang isu-isu berkaitan pembangunan bangsa Melayu khasnya dalam bidang berkaitan politik, ekonomi dan sosial. Bidang-Bidang ini amat penting dalam melengkapkan diri  bangsa Melayu mengahadapi kemajuan khasnya pasca tahun 2020.
  2. Untuk memupuk dan meningkatkan kerjasama dalam membina bangsa Melayu menjadi bangsa yang maju dan berdaya saing.
  3. Untuk menghasilkan penulisan berkaitan pemikiran dan kepimpinan bangsa Melayu yang lebih kreatif dan inovatif serta berwawasan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain.
  4. Sesi perkongsian idea dan pengalaman dalam membina generasi bangsa Melayu pada masa hadapan supaya generasi yang akan datang akan lebih berjaya dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan juga politik.

 

 

Masa

 

Perkara

8.30 – 9.00 pagi

 

Pendaftaran dan sarapan pagi

 

9.00 – 9.30 pagi

 

Komentar oleh : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hj. Nasuddin Othman

Tajuk : Bidang Pertanian Dalam Konteks Pemikiran Melayu Masa Kini Dan Pasca 2020

 

9.30 – 10.00 pagi

 

Komentar oleh : YBhg. Prof. Dr. Nasrudin Mohamed

Tajuk : Bidang Politik dan Pentadbiran Awam dalam konteks Pemikiran Melayu masa kini dan pasca 2020

 

10.00 – 10.30 pagi

 

Komentar oleh : YBhg. Prof. Dr. Darusalam Abu Bakar

Tajuk : Bidang Penyiaran dalam konteks Pemikiran Melayu masa kini dan pasca 2020

 

10.30 – 11.00 pagi

 

Komentar oleh : YBhg. Prof. Dr. Mohd Mustafa Mohd Ghazali

Tajuk : Bidang Seni Halus dalam konteks Pemikiran Melayu masa kini dan pasca 2020

 

11.00 – 11.30 pagi

 

Komentar oleh : YBhg. Prof. Dr. Mohd Nasir Taib

Tajuk : Bidang Bio Perubatan dalam konteks Pemikiran Melayu masa kini dan pasca 2020

 

11.30 – 12.00 tengah hari

 

Sesi Soal Jawab

 

12.00 tengah hari

 

Bersurai