2ND INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON LANGUAGE AND ARTS EDUCATION UITM-UNY-UPI 2015 (ISOLA2015)

 

Sukacita di maklumkan bahawa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama-sama dengan   Fakultas Bahasa dan Seni Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) dan Fakultas Pendidikan Seni dan Desain Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) akan menganjurkan  2nd International Symposium on Language and Arts Education UiTM-UNY-UPI 2015 (ISOLA2015) bertemakan “Language and Art Teaching in the 21st Century: New Trends and Experiences”. Fakulti pendidikan diberikan mandat menjadi tuan rumah bagi penganjuran simposium kali kedua selepas kejayaan menganjurkan simposium yang sama di Fakultas Bahasa dan Seni Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia pada tahun 2014 yang lalu.

Simposium ini bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada warga akademik, penyelidik dan guru-guru serta pelajar membincangkan halatuju, isu serta pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan seni samada di sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Justeru itu pihak kami ingin menjemput pihak Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan, untuk turut menyertai simposium  sebagai pembentang kertas kerja, pembentang kertas kerja poster mahupun sebagai peserta.

Penyertaan simposium ini terbuka kepada staff akademik dan pelajar. Turut diadakan adalah hadiah pembentangan kertas kerja terbaik bagi kategori Bahasa dan Seni serta pertandingan pembentangan poster terbaik.

 

 

MAKLUMAT SIMPOSIUM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Tarikh                    :  Khamis, 10 Disember 2015

Tempat                   :  Anjung Sri Budiman UiTM Shah Alam, Malaysia

Masa                     :   8.00-6.00 petang

 

MAKLUMAT PENGHANTARAN KERTAS KERJA:

Abstract Submission       : 15 October 2015 – DILANJUTKAN 30 OKTOBER 2015

Abstract Notification      : 16 - 18 October 2015

Full Paper Submission    :  15 November 2015

 

BAYARAN YURAN PENYERTAAN

Paper Presentation                 : RM 600

Paper Presentation (Student)    : RM 250

Participant                            : RM 100                               :

Participant (Student)               : RM 50

Poster Presentation                 : RM 200


Bersama dengan ini saya sertakan poster simposium bagi rujukan pihak Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan penganjuran simposium boleh menghubungi sekretariat simposium

Encik Badrul Isa di talian 019-3522540

Encik Sumardianshah Silah 017-9781914

Puan Norsiah Sirun 03-5522 7143

Encik Mohd Azmi Adnan 019-614 5058

 

atau email ke  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Maklumat lanjut berkenaan simposium ini boleh dilayari di: http://fpuitm.wix.com/isola2015

 

Pihak sekretariat amat-amat mengalu-alukan kerjasama Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan/menghebahkan kepada pelajar dan rakan yang berminat untuk menyertai simposium ini.

Kerjsama Y. Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

MUAT TURUN

BIL TAJUK PAPAR/MUAT TURUN
1. Poster Papar/Muat Turun ]
2. Brosur [ Papar/Muat Turun ]