SENARAI PROGRAMMy Joomla CMShttps://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program2026-02-13T02:01:45+00:00My JoomlaJoomla! - Open Source Content ManagementKUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN MELAYU (IMPAK) KE PEJABAT NAIB CANSELOR2023-11-10T01:16:49+00:002023-11-10T01:16:49+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/kunjungan-hormat-institut-pemikiran-dan-kefahaman-melayu-impak-ke-pejabat-naib-canselorAdministrator
KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN MELAYU (IMPAK) KE PEJABAT NAIB CANSELOR

SHAH ALAM, 9 Oktober 2023 – Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) telah membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM. Antara intipati kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan hala tuju IMPAK serta prestasi dan sumbangan IMPAK sepanjang mengendalikan program-program yang berteraskan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. Selain memperkenalkan projek inovasi ulung di Pahang.

IMPAK yang telah membawa kejayaan dengan mengadakan jalinan dengan pihak berkuasa tempatan seperti di daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang bersama-sama pihak NGO melalui beberapa program kemasyarakatan bagi penjanaan ekonomi dan kelestarian sejarah serta budaya setempat.

Sesi kunjungan ini diketuai oleh Pengarah IMPAK iaitu Prof. Madya Dr. Hajah Norhayati Hussin diiringi Ketua Unit Sr. Dr. Ismail Ma’arof dan Dr. Hasnah Hashim serta felo, Pn Umaimah Kamarulzaman dan beberapa staf pentadbiran yang lain. Dalam pada itu, Naib Canselor turut mencadangkan agar IMPAK boleh berpotensi berkembang dengan memacu negara melalui isu pemikiran dan kepimpinan Melayu ke peringkat nasional.

Wacana Kemerdekaan dan Hari Malaysia Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) Tema: Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Siri#12023-11-10T01:14:46+00:002023-11-10T01:14:46+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/12-wacana-kemerdekaan-dan-hari-malaysia-institut-pemikiran-dan-kepimpinan-melayu-impak-tema-malaysia-madani-tekad-perpaduan-penuhi-harapan-siri-1Administrator
15 Ogos 2023, Selasa telah berlangsung program Wacana Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) HEP UiTM di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Program Wacana Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini diadakan untuk membincangkan serta memperkembangankan wacana ilmu sebagai salah satu usaha dalam melahirkan satu masyarakat yang berbudaya cintakan ilmu. Program Wacana Kemerdekaan yang sesi kali ini telah menjemput empat tetamu khas iaitu YBhg. Prof Sr Dr Azmi Hassan daripada Nusantara Academy for Strategic Research NASR (Geostrategis), YBrs. Tn Hj Khalid Yahya daripada Akademi Kajian Rantau Nusantara – AKAR, YBrs Pn Siti Hawiyah binti Manan seorang Ketua Seksyen Rujukan dan Akses daripada Arkib Negara Malaysia – ANM, dan YBrs Sdr Izzudin Al-Jitrawy yang juga merupakan seorang pencipta kandungan atau pempengaruh. Sesi bual bicara ini telah dikendalikan bersama Ketua Unit Pengembangan Ilmu IMPAK, Sr Dr Ismail Ma’arof dengan membawa tema “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Antara kandungan perbincangan telah menyentuh berkaitan Perlembagaan Malaysia, tokoh-tokoh negara yang menyumbang kepada negara tercinta ini, selain turut membincangkan isu pemupukan jati diri dan maklumat sejarah negara yang tepat. Ahli panel juga menyentuh isu pemikiran dan sikap golongan muda kini yang dilihat semakin terhakis dengan pengaruh budaya luar. Audiens dapat mengikuti perbincangan ini secara bersemuka dan juga secara maya melalui saluran YouTube rasmi Perpustakaan UiTM. Sekalung tahniah diucapkan terutamanya kepada pihak penganjur iaitu IMPAK HEP UiTM dan PTAR UiTM serta pihak-pihak terlibat dalam menjayakan Program Bual Bicara IMPAK bersempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Semoga berjumpa pada program lain yang akan datang.

INOVASI CERUCUH SURIA MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK DI SUNGAI PAHANG2023-11-10T01:03:40+00:002023-11-10T01:03:40+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/11-inovasi-cerucuh-suria-menyemai-semangat-patriotik-di-sungai-pahangAdministrator
SHAH ALAM, 26 Ogos2023 – Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang dengan kerjasama Majlis Pembandaran Temerloh Pahang akan menganjurkan satu ekspedisi kemerdekaan dengan menggunakan teknologi inovasi terbaru iaitu kayak bertenaga solar akan menghilir Sungai Pahang bermula pada 26 Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023 yang akan berlepas di Jeti Feri Jerantut dan berakhir di Taman Esplanade Temerloh. Ekspedisi ini merupakan inisiatif IMPAK bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 dan Sambutan Hari Malaysia Ke-60 yang bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Majlis Sambutan dan Perasmian akan diadakan pada 26 Ogos di Taman Esplanade Temerloh pada jam 2.00 petang yang akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM iaitu Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi. Ekspedisi ini akan menguji keberkesanan inovasi yang dihasilkan oleh anak tempatan dan juga kakitangan IMPAK iaitu kayak bertenaga solar yang merupakan inovasi pertama yang akan direkodkan penggunaannya sebagai pengangkutan dalam ekspedisi di Sungai Pahang. Dalam membantu usaha memperkenalkan teknologi solar kepada masyarakat, IMPAK berinisiatif menghasilkan inovasi dengan menggunakan tenaga solar iaitu melalui pembinaan Kayak Elektrik Bertenaga Solar ini. Inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat sebagai model bagi penghasilan lebih banyak produk berkonsepkan tenaga solar terutama di dalam sektor agrikultur seperti perikanan, penternakan, pertanian dan sebagainya lagi.

Selain daripada itu, para penyelidik IMPAK juga akan menghasilkan satu penulisan bagi pendokumentasikan nilai-nilai sejarah, kebudayaan dan kesenian yang diperolehi daripada tempat-tempat yang dilawati sepanjang ekspedisi ini berlangsung yang bermula dari daerah Lipis sehingga ke daerah Pekan. Lokasi Sungai Pahang dipilih berikutan pelbagai peristiwa sejarah yang penting telah berlaku di sepanjang sungai ini dan peristiwa bersejarah ini perlu di malar segar untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya kepada generasi yang baharu.

Selain aktiviti berkayak ini, IMPAK juga membuat bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan Yayasan Digital Malaysia (YDM) akan menganjurkan Kempen Keselamatan Siber dan Pengenalan Kepada Ekonomi Digital di beberapa tempat di sepanjang sungai Pahang ini terutamanya di kawasan yang melibatkan masyarakat luar bandar khususnya di Jerantut dan Temerloh.

Program ini merupakan program ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ (CSR), IMPAK untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung keselamatan siber yang perlu diberikan perhatian penting. Program ini akan turut memperkenalkan kaedah perniagaan dalam talian (online) yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk di luar bandar.

CELIK PILIHAN RAYA UNDI 182023-02-08T05:59:33+00:002023-02-08T05:59:33+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/9-celik-pilihan-raya-undi-18Administrator
Berlansung dari pada bulan Oktober dan November 2022, Program Celik Undi 18 merupakan program anjuran pihak Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang menjelajah ke cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan para mahasiswa yang terdiri dalam kalangan golongan muda di Malaysia ini mendapat pendedahan awal berkenaan proses Pilihan Raya serta tanggungjawab sebagai seorang rakyat di dalam negara yang demokasi ini selain dapat memupuk sifat jati diri yang sayangkan negara serta mempunyai hasrat dan tanggungjawab untuk memimpin negara pada masa akan datang.

MASTER TRAINER DENGAN MODUL INSTITUTE OF LEADERSHIP AND DEVELOPMENT (ILM)2023-02-08T05:58:39+00:002023-02-08T05:58:39+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/8-master-trainer-dengan-modul-institute-of-leadership-and-development-ilmAdministrator
Merupakan Program Pensijilan Modul TAMU IMPAK dari Institute of Leadership and Management (UK).

OBJEKTIF PROGRAM
1. Melatih Master Trainer dengan Modul Institute of Leadership and Development (ILM), United Kingdom sebagai satu agenda Global Reknown University GRU 2025.

2. Memberi pendedahan kepada Master Trainer elemen kepimpinan yang menyeluruh melibatkan kepimpinan Kendiri (self leadership), kepimpinan pasukan (team leadership) dan Kepimpinan organisasi (organizational leadership).

3. Menyempurnakan syarat Pensijilan ILM United Kingdom kepada peserta sebagai pra-syarat melaksanakan Modul TAMU IMPAK yang telah disesuaikan.

4. Mengemaskini dokumen persijilan Institute of Leadership Management (ILM).

PERTANDINGAN SAJAK ANAK MERDEKA2023-02-08T05:56:54+00:002023-02-08T05:56:54+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/7-pertandingan-sajak-anak-merdekaAdministrator
Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan pertandingan Video Pendek Deklamasi Sajak Anak Merdeka yang bertemakan Sayang Negara. Pertandingan Sajak ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan minat khalayak umum khususnya golongan pelajar terhadap bidang kebahasaan dan kesusateraan di samping dapat meningkatkan semangat patriotism dan jati diri individu dalam menyemarakkan lagi semangat cintakan negara tercinta kita ini.

APA NAK JADI LEPAS GRAD?2022-12-21T09:05:15+00:002022-12-21T09:05:15+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/6-apa-nak-jadi-lepas-gradAdministrator
Program berkonsepkan bual bicara santai ini bakal mempertemukan pakar ekonomi berpengalaman dan berpengetahuan luas yang akan menjawab segala persoalan berkaitan ekonomi. Platform ini menjadi saluran agar anak-anak muda khususnya para pelajar UiTM bagi mendapatkan maklumat dan isu berkaitan ekonomi seterusnya merancang dari sudut pengurusan ekonomi mereka apabila mereka telah tamat belajar dan bergraduat Secara tidak langsung mereka dapat merencana dan menguruskan ekonomi sendiri setelah tamat belajar berdasarkan pengetahuan yang diperolehi bertepatan dengan topik bual bicara ini iaitu “Apa Nak Jadi Lepas Grad?”

DNA UiTM2022-12-19T03:44:32+00:002022-12-19T03:44:32+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/5-dna-uitmAdministrator
Pada umumnya, Identiti Organisasi (IO) adalah kemampuan sesebuah organisasi untuk menentukan ciri-ciri teras yang tersendiri, khusus dan lestari. Melihat dari sudut fungsi, konstruk sosial, pascamodenisme dan psikodinamik, IO ini menekankan dialektik dalaman luaran identiti kolektif pemegang taruh di dalam sesebuah organisasi tersebut dan diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Berdasarkan identiti yang terbentuk, IO lahir melalui bentuk, fungsi, tingkah laku dan emosi. Secara ringkasnya, IO boleh dianggap penjelmaan warisan identiti warganya dan juga sebaliknya. Mengenali asal usul atau salasilah sesuatu identiti adalah fitrah. Perkara ini dapat dilakukan dengan melihat secara jelas dan secara bersama segala dimensi yang tercerap dalam DNA kita. Jelasnya, ini dilakukan bagi melihat kecenderungan terhadap kekuatan lahiriah dan batiniah benda hidup tersebut. Konsep penjelmaan identiti boleh dirujuk kepada konsep identiti Asid Deoksiribonukleik. (juga dikenali dengan kependekan bahasa Inggerisnya DNA iaitu Deoxyiribonucleic Acid) merupakan komponen kimia utama kromosom yang menghasilkan gen. Menariknya, gejala ini kerap dipanggil molekul warisan atas keadaannya yang boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk. Menggunakan istilah DNA sebagai metafora, sekumpulan penyelidik akademik UiTM bersama IMPAK mengambil inisiatif bagi menjalankan satu kajian pembetukan Model DNA. Aspirasi utama pembentukan model ini ialah bagi menggambarkan warisan warga UiTM yang mempunyai ikatan utuh sesebuah keluarga dalam konteks ini, merujuk kepada UiTM sebagai sebuah organisasi. UiTM merupakan sebuah organisasi unggul yang berperanan dalam memajukan Melayu Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia. Berinspirasikan moto, Usaha, Taqwa, Mulia, UiTM mempunyai tanggungjawab besar untuk menyemai nilai integriti serta perpaduan yang utuh dalam kalangan warganya . Pembentukan Model DNA UiTM ini dipercayai dapat meningkatkan semangat jati diri UiTM, mendukung perancangan strategik universiti dan seterusnya melahirkan warga lestari berfikiran global dan bersikap rumpun selain dapat menerapkan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan perjuangan anak bangsa.

PROGRAM TAMU – TRANSFORMASI ANAK MUDA UiTM2022-12-19T02:23:50+00:002022-12-19T02:23:50+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/4-program-tamu-transformasi-anak-muda-uitmAdministrator
Program ini mula diperkenalkan sejak April 2022, ia di ilhamkan oleh Timbalan Naib Canselor HEP dengan Hasrat murni mendekati mahasiswa-mahasiswi seluruh negara. Selepas negara mengalami Pandemik selama lebih kurang dua tahun, mahasiswa yang belajar secara maya di rumah tidak melalui keadaan hudup yang sebenar dalam kampus university seperti yang sepatutnya. Ini telah menganggu proses perkembangan ilmu mereka dalam berbagai aspek termasuk rohani, jasmani, emosi dan intelektual mereka sebagai pelajar universitI.

Apabila memikirkan keadaan ini, Prof Dr Haji Mohd Sazili Sahibi selaku Timbalan Naib Canselor UiTM telah memulakan jelajah ke semua kampus bagi mendengar segala masalah mahasiswa serta memahami apakah harapan mereka agar pihak university dapat menyediakan perkhidmatan terbaik selaras dengan fungsi university sebagai penyedia perkhidmatan perdidikan.

Program ini akan dihiasi dengan siri-siri townhall yang juga turut dijayakan oleh tokoh-tokoh yang dipilih termasuklah Tan Sri Prof Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Profesor Sahul Hamid Abu Bakar, mantan aib Canselor serta Eksekutif tertinggi yang lain.

Jadual perlaksanaan program ini adalah pada awal dan akhir semester bagi memastikan pemikiran mahasiswa sentiasa terarah dan mengikuti perkembangan minda cemerlang seperti disasarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

SIRI BICARA IMPAK2022-12-19T02:23:11+00:002022-12-19T02:23:11+00:00https://impak.uitm.edu.my/index.php/senarai-program/3-siri-bicara-impakAdministrator
Merupakan siri bicara yang dirancangkan setiap minggu secara maya di saluran FACEBOOK RESMI IMPAK. Dengan beraspirasikan visi dan misi UiTM serta prakarsa daripada IMPAK, program bual bicara ini diadakan bagi mengupas isu-isu pembangunan dan pemerkasaan anak bangsa Melayu dan Bumiputera dalam tiga dimensi utama iaitu politik, ekonomi dan juga sosial.

Justeru itu, menerusi program bual bicara seperti ini diharapkan dapat memberi satu impak yang positif kepada warga UiTM khususnya, bagi mendukung kepimpinan university termasuk pensyarah, mahasiswa dan kakitangan dalam memartabatkan pejuangan anak bangsa Melayu Bumiputera kita.

Dalam siri ini tokoh-tokoh usahawan hebat, tokoh-tokoh pimpinan pelajar yang hebat serta ahli ekonomi yang hebat akan dijemput memberikan BICARA secara maya mengikut siri-siri tertentu.