April-May, Bil 2-2013

PROGRAM JELAJAH UiTM DI HATI RAKYAT 1MALAYSIA
- Buletin ICAN Reach Out

Oleh Prof Madya Dr Mohd Sazili Shahibi dan Prof Madya Dr Ghazali B. Daimin

Jelajah UiTM di Hati Rakyat 1Malaysia (UDHR 1Malaysia) merupakan satu siri jelajah keseluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Destini Anak Bangsa. Program ini mula menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air sebaik sahaja dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di UiTM Sri Iskandar, Perak pada 15 Februari 2013. Program ini merupakan salah satu khidmat bakti yang ditawarkan secara percuma sepanjang penjelajahan Skuad JDAB2013 yang menggabungkan beberapa pasukan seperti Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) sebagai penyelaras program, Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Fakulti Optometri UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat, Fakulti Perubatan UiTM dan organisasi luar yang turut serta dalam program ini. Pihak penganjur menyediakan dua buah bas yang telah diubahsuai menjadi klinik bergerak yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. UiTM Shah Alam juga membawa bersama sebuah bas Optometri untuk melakukan operasi pemeriksaan mata.