Pengenalan Modul Celik Fikir

  • Pihak IMPAK telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) untuk mengisi jadual waktu kuliah pelajar sempena pelaksanaan Minggu Interim pada sesi II 2017/2018 bagi pelajar baru diploma. Pelajar bakal mengikuti program seminar/aktiviti/kursus/latihan sebanyak enam (6) jam (3 sesi) yang dianjurkan oleh IMPAK.
  • Pihak IMPAK telah membangunkan satu modul khusus yang dinamakan Modul Celik Fikir dan mulai ditawarkan kepada para pelajar pada Sesi Interim sesi II 2017/2018.
  • Pekeliling Akademik Bilangan 5 Tahun 2018 : Garis Panduan Pelaksanaan Minggu Interim UiTM (Pentadbir Akademik) – jumlah jam temu telah ditambah kepada 8 jam ( 4 sesi)
  • Modul ini bakal menyediakan pelajar tentang beberapa falsafah dan cabang ilmu pemikiran yang boleh dijadikan panduan

 

Objektif Modul Celik Fikir

  • Menyediakan input-input terkini dan relevan berkaitan aspek pemikiran agar pelajar didedahkan dengan maklumat yang mampu memberikan nilai tambah kepada personaliti dan karakter mereka.
  • Memandu peserta menjadi pelajar yang mempunyai kompetensi (Knowledge, skill, ability) yang tinggi dan berwibawa
  • Membentuk pelajar ke arah menjadi generasi yang matang dan rasional dalam penilaian, pilihan dan keputusan.