Program

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Lihat semua

SIRI BICARA IMPAK

Merupakan siri bicara yang dirancangkan setiap minggu secara maya di saluran FACEBOOK RESMI IMPAK. Dengan beraspirasikan visi dan misi UiTM serta prakarsa daripada IMPAK, program bual bicara ini diadakan bagi mengupas isu-isu pembangunan dan pemerkasaan anak bangsa Melayu dan Bumiputera dalam tiga dimensi utama iaitu politik, ekonomi dan juga sosial.

Justeru itu, menerusi program bual bicara seperti ini diharapkan dapat memberi satu impak yang positif kepada warga UiTM khususnya, bagi mendukung kepimpinan university termasuk pensyarah, mahasiswa dan kakitangan dalam memartabatkan pejuangan anak bangsa Melayu Bumiputera kita.

Dalam siri ini tokoh-tokoh usahawan hebat, tokoh-tokoh pimpinan pelajar yang hebat serta ahli ekonomi yang hebat akan dijemput memberikan BICARA secara maya mengikut siri-siri tertentu.

CELIK PILIHAN RAYA UNDI 18

Berlansung dari pada bulan Oktober dan November 2022, Program Celik Undi 18 merupakan program anjuran pihak Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) yang menjelajah ke cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh Malaysia. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan para mahasiswa yang terdiri dalam kalangan golongan muda di Malaysia ini mendapat pendedahan awal berkenaan proses Pilihan Raya serta tanggungjawab sebagai seorang rakyat di dalam negara yang demokasi ini selain dapat memupuk sifat jati diri yang sayangkan negara serta mempunyai hasrat dan tanggungjawab untuk memimpin negara pada masa akan datang.

Hubungi Kami

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA

Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : 03-5544 3802 / 3805
Faks : 03-5544 3799
E-mail: impakuitm@uitm.edu.my