Naib Canselor

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻳﻜﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﮐﺎﺗﻪ

Warga UiTM yang dikasihi,

Kewujudan UiTM hasil pengorbanan dan kepekaan bangsa Melayu bagi kemandirian legasi dalam pelestarian ilmu seterusnya mempunyai sosioekonomi yang baik dan seimbang di negara ini. Dalam mendukung matlamat tersebut, bangsa Melayu perlu memastikan perpaduan yang utuh serta kuat dipelihara agar keunggulan bangsa Melayu yang menjadi teras kepada kepada pembentukan Malaysia sentiasa dihormati. Selaras dengan itu, hak-hak keistimewaan bangsa Melayu perlu dibentengi kukuh dan Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu mesti dijunjung bersama. Peristiwa lalu yang membawa iktibar kepada kita semua bahawa betapa pentingnya kekuatan dalam sesebuah negara yang didukungi oleh tamadun yang bersifat autonominya iaitu melalui kepimpinan dan perubahan yang dibawa oleh bangsa Melayu itu sendiri. Selaras dengan objektif penubuhannya, UiTM juga perlu mengekalkan identitinya sebagai satu gedung ilmu yang beriltizam melahirkan anak bangsa Melayu Bumiputera yang berilmu cemerlang dan berprestasi tinggi dengan menyatupadukan warga UiTM daripada peringkat asas sehinggalah yang tertinggi dengan penerapan kefahaman berkaitan asal usul Melayu, budaya, jati diri serta nilai-nilai lestari Melayu yang melambangkan kelarisan kepercayaan terhadap agama, bangsa dan negara ini.


PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB @ SAHIBUDDIN, FASc
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA

LEBAH

Kata Pengarah

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Pengarah IMPAK

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻳﻜﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﮐﺎﺗﻪ

Pemerkasaan pemikiran yang hebat bagi membentuk bangsa Melayu Bumiputera yang berilmu, holistik dan berkemahiran tinggi perlu digarab bagi mendepani cabaran kehidupan global anak bangsa. Nilai-nilai murni dan pelestari jati diri perlu dipahat sekukuhnya, sahsiah berteraskan usaha, taqwa dan mulia mampu mempertahankan warisan, keprihatinan dan kecintaan kepada bangsa dan negara ini. Berteraskan pemikiran dan kepimpinan hebat orang Melayu, Institusi ini menjadi pusat sehenti yang menjana pemikiran hebat bagi memastikan generasi akan datang berdaya saing dan mampu memimpin generasi seterusnya. Melalui Pembangunan Minda, Modal Insan, dan Pendidikan mampu mengekalkan Kelestarian Warisan dan Budaya yang berteraskan bangsa Melayu yang unggul di Nusantara.


---

Dr. Khairudin Murad
Pengarah

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Universiti Teknologi MARA

Hubungi Kami

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Universiti Teknologi MARA

Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : 03-5544 3802 / 3805
Faks : 03-5544 3799
E-mail: impakuitm@uitm.edu.my