Penolong Naib Canselor

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻳﻜﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﮐﺎﺗﻪ

Dasar-dasar yang jelas menunjukkan pemimpin sedia ada sangat peka kepada pembangunan insan dan keupayaan mengurus bangsa secara adil dan saksama. Sedar atau tidak Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lebih 55 tahun. Dalam tempoh ini kita telah melihat bagaimana pemimpin Melayu menunjukkan kehebatan dalam memimpin Negara dan meletakkan Malaysia dip eta dunia. Isu-isu kemiskinan, pembangunan minda, pembangunan modal insan melalui pendidikan sering bergolak dikalangan rakyat dan menjadi indek utama kecekapan pemerintahan pemimpin di dunia. Alhamdulillah, Malaysia telah Berjaya menjadi Negara yang sentiasa melipatgandakan usaha bagi mengatasi isu-isu ini.


PROF. DR. AMER SHAKIR BIN ZAINOL
Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa)
Universiti Teknologi MARA

LEBAH

Kata Pengarah

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Pengarah IMPAK

ﺍﻟﺳﻼﻡ ﻋﻟﻳﻜﻡ ﻭﺭﺣﻣﺔ ﷲ ﻭﺑﺭﮐﺎﺗﻪ

Pemerkasaan pemikiran yang hebat bagi membentuk bangsa Melayu Bumiputera yang berilmu, holistik dan berkemahiran tinggi perlu digarab bagi mendepani cabaran kehidupan global anak bangsa. Nilai-nilai murni dan pelestari jati diri perlu dipahat sekukuhnya, sahsiah berteraskan usaha, taqwa dan mulia mampu mempertahankan warisan, keprihatinan dan kecintaan kepada bangsa dan negara ini. Berteraskan pemikiran dan kepimpinan hebat orang Melayu, Institusi ini menjadi pusat sehenti yang menjana pemikiran hebat bagi memastikan generasi akan datang berdaya saing dan mampu memimpin generasi seterusnya. Melalui Pembangunan Minda, Modal Insan, dan Pendidikan mampu mengekalkan Kelestarian Warisan dan Budaya yang berteraskan bangsa Melayu yang unggul di Nusantara.


---

Dr. Khairudin Murad
Pengarah

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Universiti Teknologi MARA

Hubungi Kami

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Universiti Teknologi MARA

Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : 03-5544 3802 / 3805
Faks : 03-5544 3799
E-mail: impakuitm@uitm.edu.my