Pengenalan

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)


SEJARAH PENUBUHAN

IMPAK adalah singkatan dari Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu UiTM. Institut ini ditubuhkan pada 6 November 2008 melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM Bil.12/2008 dan diletakkan di bawah Penolong Naib Canselor InkQa. Pada 10 Jun 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM telah meluluskan struktur pengurusan baru IMPAK.

Kini, IMPAK diletakkan di bawah Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa, di bawah seliaan Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), UiTM.

This image for Image Layouts addon


VISI

Menjadikan UiTM sebuah Universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia  supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
This image for Image Layouts addon


MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
This image for Image Layouts addon


RASIONAL PENUBUHAN

  • Dari Perspektif akademik, perlu ditubuhkan sebuah institusi yang berfungsi serta bertindak sebagai pemangkin  perubahan bangsa Melayu/Bumiputera.
  • Bergerak sebagai kumpulan “think tank” atau  “pemikir” untuk mengukuhkan bangsa Melayu/Bumiputera.
This image for Image Layouts addon


OBJEKTIF

  1. Memperkukuhkan pemikiran dan jati diri Melayu dan Bumiputera.
  2. Melestarikan tamadun Melayu dan Bumiputera bersesuaian dengan keadaan semasa.
  3. Memperkukuhkan keupayaan dan daya saing Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang di dalam dan di luar negara.


FUNGSI IMPAK

IMPAK perlu menekankan kepada tiga (3) fungsi utama iaitu pengayaan ilmu, pengurusan ilmu dan pengembangan ilmu

1) Pengayaan ilmu menjurus kepada pengumpulan dan penghasilan ilmu serta maklumat:

Ini melibatkan aktiviti penyelidikan, persidangan, perbincangan, forum, seminar dan pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal orang Melayu.

Perkara yang perlu diberi tumpuan ialah pemikiran, kepimpinan, pendidikan, ekonomi, sosial, kerjaya, kebudayaan dan sejarah.

2) Pengurusan Ilmu menumpukan kepada:

Mengumpul dan menyimpan ilmu dan maklumat dalam bentuk digital dan fizikal dan diuruskan secara profesional. Ilmu dan maklumat ini menjadi bahan rujukan pelbagai pihak.

Berfungsi sebagai pusat rujukan berkaitan dengan hal-hal pemikiran dan kepimpinan Melayu

3) Pengembangan ilmu menumpukan kepada:

Usaha penyebaran dan perkongsian ilmu dan maklumat melalui pelbagai pendekatan seperti persidangan, seminar, kursus, ceramah, khidmat perundingan, bahan penerbitan dan sebagai tempat rujukan.

Ini melibatkan warga UiTM iaitu kakitangan dan pelajar, serta masyarakat umum dalam dan luar negara. Selain itu IMPAK juga menjadi jurucakap UiTM dalam hal-hal yang berkenaan.

Memberi pandangan dan khidmat nasihat dalam hal-hal yang berkaitan pemikiran dan kepimpinan Melayu.

Hubungi Kami

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa
Universiti Teknologi MARA

Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : 03-5544 3802 / 3805
Faks : 03-5544 3799
E-mail: impakuitm@uitm.edu.my