Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan pertandingan Video Pendek Deklamasi Sajak Anak Merdeka yang bertemakan Sayang Negara. Pertandingan Sajak ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan minat khalayak umum khususnya golongan pelajar terhadap bidang kebahasaan dan kesusateraan di samping dapat meningkatkan semangat patriotism dan jati diri individu dalam menyemarakkan lagi semangat cintakan negara tercinta kita ini.

