SIRI BICARA IMPAK

Merupakan siri bicara yang dirancangkan setiap minggu secara maya di saluran FACEBOOK RESMI IMPAK. Dengan beraspirasikan visi dan misi UiTM serta prakarsa daripada IMPAK, program bual bicara ini diadakan bagi mengupas isu-isu pembangunan dan pemerkasaan anak bangsa Melayu dan Bumiputera dalam tiga dimensi utama iaitu politik, ekonomi dan juga sosial.

Justeru itu, menerusi program bual bicara seperti ini diharapkan dapat memberi satu impak yang positif kepada warga UiTM khususnya, bagi mendukung kepimpinan university termasuk pensyarah, mahasiswa dan kakitangan dalam memartabatkan pejuangan anak bangsa Melayu Bumiputera kita.

Dalam siri ini tokoh-tokoh usahawan hebat, tokoh-tokoh pimpinan pelajar yang hebat serta ahli ekonomi yang hebat akan dijemput memberikan BICARA secara maya mengikut siri-siri tertentu.

Hubungi Kami

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa
Universiti Teknologi MARA

Aras 4, Kompleks Al-Farabi
40450 Shah Alam, Selangor
Malaysia

Tel : 03-5544 3802 / 3805
Faks : 03-5544 3799
E-mail: impakuitm@uitm.edu.my