Program ini mula diperkenalkan sejak April 2022, ia di ilhamkan oleh Timbalan Naib Canselor HEP dengan Hasrat murni mendekati mahasiswa-mahasiswi seluruh negara. Selepas negara mengalami Pandemik selama lebih kurang dua tahun, mahasiswa yang belajar secara maya di rumah tidak melalui keadaan hudup yang sebenar dalam kampus university seperti yang sepatutnya. Ini telah menganggu proses perkembangan ilmu mereka dalam berbagai aspek termasuk rohani, jasmani, emosi dan intelektual mereka sebagai pelajar universitI.
Apabila memikirkan keadaan ini, Prof Dr Haji Mohd Sazili Sahibi selaku Timbalan Naib Canselor UiTM telah memulakan jelajah ke semua kampus bagi mendengar segala masalah mahasiswa serta memahami apakah harapan mereka agar pihak university dapat menyediakan perkhidmatan terbaik selaras dengan fungsi university sebagai penyedia perkhidmatan perdidikan.
Program ini akan dihiasi dengan siri-siri townhall yang juga turut dijayakan oleh tokoh-tokoh yang dipilih termasuklah Tan Sri Prof Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Profesor Sahul Hamid Abu Bakar, mantan aib Canselor serta Eksekutif tertinggi yang lain.
Jadual perlaksanaan program ini adalah pada awal dan akhir semester bagi memastikan pemikiran mahasiswa sentiasa terarah dan mengikuti perkembangan minda cemerlang seperti disasarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

